Saturday, 10 December 2016

Majlis Makan Malam Kelab Bekas Mahasiswa Cina UKM



Majlis Makan Malam Alumni Cina yang bertema 'Home Coming' anjuran Kelab Bekas Mahasiswa Cina UKM bekerjasama dengan Chinese Community Council UKM akan diadakan secara meriah pada malam ini. Marilah bersama-sama menyaksikan sejarah yang bermakna ini!


Tuesday, 6 December 2016

German Poster Project - Neuschwanstein Castle


My friend and I were taking German as our foreign language in this semester one. Our project is to make a Germany poster. We can choose any theme. For example, politics, invention, history, places, food, culture, music, monumental building and many more. Dateline is 11th December 2016

I chosed Neuschwanstein Castle as my German poster's theme. Neuschwanstein Castle is the most beautiful castle in Europe.  

Thursday, 1 December 2016

Kad Komuter Link Student




Salam Sejahtera,
Makluman :

DISKAUN TAMBANG 50% KTM KOMUTER DENGAN KAD KOMUTER LINK PELAJAR

30 November 2016 (Rabu) - KTM Berhad ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para *pelajar berkuatkuasa 1 Januari 2017 (Ahad) hanya mereka yang mempunyai Kad Komuter Link (Pelajar) sahaja akan layak menerima tambang konsesi pelajar iaitu diskaun harga tambang perjalanan sebanyak 50% apabila menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.


Ini bermakna pemberian diskaun 50% tambang perjalanan melalui KTM i-Card yang digunapakai sebelum ini akan dihentikan (bagi KTM Komuter). Walau bagaimanapun pelajar yang memiliki KTM i-Card masih boleh mendapatkan diskaun tambang perjalanan sehingga 40% untuk perkhidmatan ETS & KTM Intercity.

Perubahan ini adalah selaras dengan pengenalan sistem tiket baharu oleh Perkhidmatan KTM Komuter yang telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2016, di mana hanya penggunaan token dan kad nilai simpan sahaja digunakan bagi menggantikan sistem tiket manual. Kad Komuter Link (Pelajar) adalah kad nilai simpan yang mempunyai fungsi tambah nilai yang boleh dilakukan di semua kaunter tiket atau mesin tiket di stesen - stesen KTM Komuter di sektor laluan Lembah Klang.

Oleh itu, para pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan segera Kad Komuter Link (Pelajar) ini bagi memastikan mereka akan terus dapat menikmati diskaun tambang perjalanan 50% apabila menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Bagi memudahkan dan melancarkan proses permohonan Kad Komuter Link (Pelajar), para pelajar DIWAJIBKAN membuat permohonan terus atas talian (Online) melalui laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my. Pendaftaran Online Komuter Link akan dibuka pada 1 Disember 2016 (Khamis). Permohonan secara terus (walk in) melalui kaunter tidak diterima.

Setelah permohonan diluluskan, para pelajar perlu membawa slip kelulusan ke kaunter Komuter Link di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk proses pembelian kad. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 9.00 pagi – 1.00 tengahari (Sabtu dan Ahad). Kaunter penerimaan borang tidak beroperasi pada hari Cuti Umum.
Sepanjang bulan Disember 2016, Kad Komuter Link (Pelajar) akan dijual dengan harga promosi iaitu RM5.00 sahaja (RM10.00 harga asal) dan boleh ditambah nilai dengan jumlah minima RM10.00 dan maksima RM200.00.

*Pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, dan universiti yang warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.
Informasi lanjut berkaitan Kad Komuter Link (Pelajar) ini boleh diperolehi dari www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau twitter @ktmkomuter.
. . .
Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD